Assalamualaikum….
Apa
khabar semua? Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kita masih diberi kesempatan
untuk bertemu di sini. Aku dah lama tidak berkesempatan untuk bercerita dan
menconteng di sini. Aku tahu aku seorang insan lemah yang mengharapkan pertolongan
pada yang esa. Hari ini aku terasa
seperti seorang insan yang terlalu lemah. Selama hidup aku 22 tahun ini aku
tidak pernah terasa begini. aku tidak tahu kenapa perasaan begini muncul dalam
hidup ku.
Sebenarnya
sejak akhir-akhir ini aku menjadi seorang yg amat lemah.
aku
menjadi seorang yang amat manja.
aku
menjadi seorang yang mudah terasa.
aku
menjadi seorang yang mudah menangis.
Terasa
amat kehilangan.
Semua
perasaan ini muncul bila pada suatu hari di awal tahun 2014. Segala janji dan pengorbanan yang dicipta
selama ini hilang. Bukan aku mahu salahkan sesiapa. Tetapi aku tidak mampu
menahan kesedihan hati ini. Semua tidak akan faham. Semua tidak akan dapat
merasa apa yang aku rasa. Bukan aku minta jadi seorang yang lemah. Mungkin
sudah terbiasa dimanja dijaga disayangi apabila kehilangan itu teramatlah
perit.
Sekarang
aku sedar aku faham kenapa org tuaku tidak menggalakkan mempunyai teman ketika
belajar. Mungkin mereka faham mungkin mereka tahu mereka lagi dahulu makan
garam. Jadi sudah tentu mereka mahukan yang terbaik yang tersempurna buat anak
mereka.
Terima
kasih ummi,terima kasih bab. Segala nasihat ummi n bab selama ini menjadikan
k.long sebagai k.long sekarang. Tanpa mereka disisi saat aku lemah mungkin aku
tidak mampu menjadi seperti aku sekarang.
Aku
sedar bukan mudah untuk melupakan segala kenangan.
Tapi
ianya tidak mustahil.
Aku
tahu aku mampu. insyaAllah allah lebih tahu segalanya.
Sesungguhnya
perancangannya adalah yg terbaik…
Aku
mampu kuat.
I’m
strong because I have to be!!!
No comments:
Post a Comment