Thursday, March 6, 2014

untitle

Assalamualaikum w.b.t

terasa seperti lama tidak mencoret disini.
mungkin kekangan masa dan ruang
walaupun bukannya buzy sangat
tetapi juga mungkin kekurangan idea
tiada idea untuk menconteng disini.
hari ini aku terpanggil untuk menulis lagi
mungkin hari ini aku kebosanan di rumah..

hari ini sebenarnya aku tidak tahu mahu bercerita apa.
tetapi tangan ini gatal mahu menconteng disini.
tiada tajuk khusus 
tetapi aku cuma mahu berkongsi cerita
cerita yang aku rasa sepanjang aku di tanah air

sejak aku pulang ke tanah air kali ini
aku belajar banyak perkara.
manusia memang mudah berubah
kadang2 kita rasa seperti amat mengenali mereka
tetapi dengan sekelip mata kita boleh rasa seperti tidak pernah kenal mereka.
kadang2 aku rasa sedih.
kenapa manusia yang dirasakan rapat dan memahani ini tidak selalunya ada.
mereka akan datang dan pergi.

aku bersyukur aku masih mempunyai keluarga
keluarga yang setiasa ada
ada disaat aku amat lemah
sebenarnya tujuan aku pulang ke tanah air kali ini
adalah untuk memupuk semangat
semangatku yang hilang sejak awal tahun ini.
aku seorang anak yang manja
aku memang tidak kuat untuk tempuh semua itu seorang diri
aku perlukan mereka.

harap tahun terakhir di jepun ini mampu ditempuh dengan jayanya.
tahun terakhir akan jadi tahun yang penuh cabaran.
insyaAllah tahun ini akan aku tempoh dengan lebih bersemangat.

ya Allah kuatkanlah hambamu ini.
aku hamba yang lemah tanpamu.
bantulah hambamu ini menempuh cabaran kehidupan ini.
aku kuat denganmu 

insyaAllah.

No comments:

Post a Comment