Saturday, February 21, 2015

Alhamdulillah

assalamualaikum w.b.t

syukur tak terhingga
alangkah gembiranya aku hari ini
alhamdulillah
hari ini aku lepas satu beban

sungguh tak ku sangka aku berjaya hadap benda ini
tinggal sikit je lagi
ya Allah mudahkanlah pekerjaan hambaMu ini

Dah tak sampai sebulan
aku akan meninggalkan bumi sakura
sungguh kenangan disini tak mungkin akan aku lupakan

di sini aku belajar banyak perkara
aku belajar hidup berdikari
aku belajar menjadi kuat
aku belajar menjadi matang
aku belajar segalanya

terima kasih kerana memberiku peluang
peluang untuk belajar segalanya
alhamdulillah

amat berharap kisah hidup aku
di masa depan lebih terurus

aku akan rindu segalanya disini
biarlah kenangan disini
tersemat didada sampai bila-bila
tidak mungkin dilupakan
insyaAllah akan diceritakan kepada generasi akan datang

dalam masa sebulan akan datang
maka bermulalah kisah baru dalam hidupku
doakan aku menjadi insan terbaik
insan yang mampu gembirakan keluargaku
sungguh mereka adalah segalanya bagiku
hanya itu yang aku pinta
kuatkanlah ikatan kasih sayang kami
insyaAllah

jumpa lagi dengan kisah baru dalam hidupku
assalamualaikum =)


p/s:ni kisah throwback. lama tersimpan dlm draft
sepatutnya publish pd 18feb2014 ....hehehe

No comments:

Post a Comment