Wednesday, September 17, 2014

Kakak

Assalamualaikum

Hopefully semua sihat

hari ini nak tulis pasal hidup seorang kakak
aku seorang kakak kepada 5 orang adik
mungkin aku bukan seorang kakak yang baik
tapi mungkin aku ada aura
aura ala-ala kakak penyayang
kakak memahami mungkin

salah seorang dari adik aku ini banyak rahsia
aku tahu aku tak mungkin dapat tahu semua cerita dia
tapi dia sendiri yang mengaku 
dia kata dia tak mampu berahsia dengan aku
kadang-kadang aku tak minta pun untuk tahu
tapi mulut dia lancar bercerita semua
dari kisah belajar hingga ke kisah kehidupan

aku pernah lalu semua
aku pernah rasa apa yang dirasa sekarang
aku tahu dia cerita kerana percaya 
akan ku simpan rahsiamu adik
aku sayang semua adik2ku
mereka tempat aku bergantung
selepas ibubapaku
mereka memahami aku
sungguh ya Allah aku bersyukur
bersyukur punyai keluarga ini

adik2 yang kusayang
kamu belajarlah mengenal kehidupan
sungguh hidup ini tidak selalunya indah
sungguh banyak liku2nya

aku tahu kamu dalam proses mengenal dunia
janganlah terlalu berseronok dengan dunia
ingatlah dunia ini hanya pinjaman untuk kita

mungkin sekarang masa untuk kamu menilai
menilai untuk memilih jalanmu adik
adik walau kita jauh tapi aku ada untukmu
akanku penuhi permintaanmu
akanku ada disisi saat kamu perlukanku
akanku cuba untuk menjadi seorang kakak yang memahami

terima kasih kerna menghargaiku
terima kasih kerna percayakanku
terima kasih semua adik







No comments:

Post a Comment