Thursday, August 28, 2014

Nothing special

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah...
syukur kehadrat ilahi kerana hari ini 
aku masih mampu untuk bangun dan membuka mata
untuk melihat segala kekuasaanmu Ya Allah
sungguh aku seorang hamba yg hina
yang meminta segalanya drpdmu Ya Allah.
Maka kuatkanlah hambamu ini...

Hari ini aku bukan aku yang semalam.
jika semalam aku menangis tak sedarkan diri
hari ini aku bangun dan bergelak kedepan
insyaAllah dgn izinmu yaAllah.

Aku sedar aku bukanlah seorang hamba yang kuat
aku tak mampu lakukan apa-apa tanpamu YaAllah
sungguh kadang-kadang aku rasa seperti tidak mampu lagi tersenyum.
kadang-kadang ku rasa tidak mampu untuk menghadapi ujianmu yaAllah

tapi alangkah indahnya kau hantar dua orang yang kuat 
yang sentiasa berada dibelakangku
terima kasih yaAllah

mungkin hari ini aku diuji.
kerana kau ingin tunjuk bertapa sayangnya kau kepada hambamu ini
aku percaya kau Maha adil yaAllah
sungguh setiap rancanganmu adalah yang terbaik
aku tunggu saat itu yaAllah

walau penat akan ku gagahkan juga
walau lemah akan ku kuatkan juga
sungguh aku menggalas amanat yang amat besar
amanat dan harapan kedua orang tua
amat dan harapan semua rakyat jelata
tidak mungkin aku kecewakan mereka

ummi,bab k.long tak mungkin disini tanpamu
terima kasih ya Allah anugerahkan aku 
orang-orang yg kuat disekelilingku
yg menyokong segala tindakanku
yg memberi tunjuk ajar atas kesilapanku
yg sentiasa ada dibelakangku

sungguh aku kuat untuk mereka.
insyaAllah.

No comments:

Post a Comment