Assalamualaikum….
Hari ini aku terpaut untuk bercelote di sini lagi.
Bukan mahu mengadu perasaan pada sesiapa
Tetapi aku cuma mahu bercerita
Aku tidak minta belas dari sesiapa
Aku hanya insan lemah yang punya perasaan
Terima kasih kerana membaca
Luahan hati yang tidak menarik ini.
Alangkah indahnya jika matahari selalu muncul
Tetapi matahari bukan sentiasa ada.
Aku terpana…
Kenapa dia sanggup buat aku begini???
Kenapa???
Kalau dia betul2 sayang tak mungkin dia sanggup..
Terima kasih yaAllah kerana hadirkan insan2 yang amat
bermakna dalam hidupku.
Jika dia boleh tinggalkan aku walaupun dibibir kata sayang
Maka tidak mustahil dia boleh tinggalkan orang lain juga.
Aku sudah penat menjadi seorang yang positif tentang kau.
Selama ini aku cuba
Cuba pekakkan telinga
Cuba buat2 tak nampak
Tapi tidak lagi untuk masa akan datang
Cukuplah untuk kali ini
Lupakan segala pujuk dan rayumu
Sekarang aku sedang belajar
Belajar untuk menjadi insan kuat tanpamu disisi
Kerana masih ramai insan lain yang sudi menyayangi aku
Terima kasih teman2 yang sentiasa ada disaat2 aku lemah
Terima kasih ibu yg amat memahami.
Terima kasih pada semua..
Cukuplah kali ini aku menderita
Cukuplah kali ini kau buat aku sedih
Cukuplah sampai sini
Jangan kau berani ganggu aku lagi
Jagalah insan yang bersamamu itu
Dia lebih memerlukanmu
Lupakan aku
Sudah cukup derita yang kau berikan padaku
Aku tidak mampu lagi
Sekarang masa belajar
Belajar untuk kuat
Aku tahu sekarang kau bukan milik aku
Tidak mungkin akan aku ganggu hidupmu lagi
Cerita kita berakhir disini
Biarkan kenangan menjadi memori selamanya
Semua kenangan itu tidak mungkin aku lupakan selamanya
Tapi akanku belajar
Akanku ajar diriku bahawa kau bukan menyayangiku lagi.
Walau membencimu segalanya tidak akan kembali
Tidak mungkin aku membencimu
Cukuplah aku mendiam diri untuk kali ini.
Terima kasih kerana buatku begini…
No comments:
Post a Comment